qiayamullail

Adab berQiyamullail (pdf)

Panduan ini disediakan oleh jomsolah.com

ASSALAMMUALAIKUM WBT.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam, kaum keluarganya, para sahabatnya dan para pengikutnya.

Sejarah Ringkas.

Jom Solah, nama yang pada asalnya hanya pada lakaran pada sehelai kertas yang telah dicetuskan oleh pengasasnya Allahyarham Nadia Syazwani Binti Zahari. Idea ini tercetus semasa beliau dalam tahun akhir di Universiti, di mana setiap pelajar tahun akhir dikehendaki memilih jenis dan produk untuk dipromosikan untuk melengkapkan projek akhir (major) dalam pengajian grafik.

Daripada tajuk ke lakaran, Jom Solah berkembang menjadi sebuah identiti melalui penjenamaan yang telah beliau rancangkan dan reka. Pelbagai jenis medium promosi telah dihasilkan sebelum penilaian akhir di Universiti. Pelbagai jenis segmen, poster dan taplikasi dari berwuduk hingga tajuk Solat telah dihasilkan beliau dengan bantuan pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan. Page Jom Solah di FB ini juga adalah hasil daripada medium promosi yang dihasilkan beliau.

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus, akhirnya Nadia telah berjaya menghabiskan kesemua projek-projek akhir beliau pada awal Ogos 2013. Facebook Jom Solah ini masih diteruskan beliau walaupun telah menamatkan pengajian untuk tujuan dakwah. Dari doa Iftitah dan terus ke Surah Al-Fatihah. Beliau telah membuat page cover photo makna bacaan solat untuk memudahkan pengunjung memahami makna dan menghafal di samping mewujudkan page yang memberi informasi berkaitan solat kepada semua.

Cover photo surah Al-Fatihah ayat 6 adalah post terakhir beliau.

1012463_517083618364301_1332945825_n

“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”

Nadia Syazwani Binti Zahari telah pulang ke Rahmatullah pada 9 Syawal 1434H bersamaan 16 Ogos 2013 dalam kemalangan jalan raya.

اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها.
Ya Allah, ampunkanlah dosanya, rahmatilah dia, selamatkanlah dia dan maafkanlah dia.”

Kini, page Jom Solah ini telah diteruskan dan dikembangkan oleh waris-waris dan sahabat-sahabat beliau dengan bantuan Ustaz Salehuddin bin Abu Samah dari segi pengisian dan bahan-bahan ilmiah.

Sehingga kini (Oktober 2015) sebanyak 39000 buah buku Jom Solat telah dicetak dan diedarkan secara percuma ke beberapa lokasi terpilih seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Kesemua dana untuk mencetak buku Jom Solah adalah dari dana awam, pihak surau/masjid dan badan korporat,

“Ya Allah, terimalah amal kami yang sedikit ini dan jadikanlah amalan tersebut ikhlas semata-mata mengharapkan redhaMu.”
Sumber : jomsolah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *